Pencapaian Terbaik
Ditulis oleh Administrator | |
Alhamdulillah dan tahniah kepada semua guru SKSGB terutama pada guru yang betranggungjawab meningkatkan prestasi sekolah dari dulu hingga kini. Atas sokongan dan dorongan Guru Besar serta para GPK, serta kerjasama dari semua guru dan kaikatangan sekolah, banyak kejayaan yang diperolehi. Antara kejayaan yang diperolehi : Pertandingan Kawat KakiKawat kaki merupakan salah satu watak bagi sekolah ini. Beberapa kejayaan demi kejayaan diraih. Beberapa kali meraih johan diperingkat Zon, Daerah, Negeri dan Kebangsaan. SK. Sungai Bunyi telah berjaya menjadi johan peringkat daerah Pontian selama 6 tahun berturut-turut mulai tahun 2002 hingga 2007.Kenangan paling manis ialah menjadi johan diperingkat negeri Johor dan seterusnya mendapat naib johan peringkat Kebangsaan di Kuching ,Sarawak pada tahun 2003 dimana jurulatihnya sendiri adalah dari guru disekolah ini iaitu En.Mohd.Faizal Bin Mohd.Yunus yang merupakan Jurulatih Kawad Kaki Sekolah,Daerah Pontian dan juga Negeri ketika itu. Pertandingan bercerita
Pada tahun 2009 pula adiknya mengambil alih menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu. Adik Nur Izzati Inani binti Zabidin telah menyandang johan peringkat daerah dan negeri. Beliau akan bertanding ke peringkat kebangsaan. Semoga Adik Izati Inani berjaya menyandang Johan seperti abangnya. Ini akan melayakkan SK.sungai bunyi mendapat piala pusingan kebangsaan kerana 3 tahun berturut-turut mendapat johan. Kami guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan beliau.
Dalam aktiviti “English Carnival” wakil sekolah telah menjadi Johan diperingkat Zon dan seterusnya ke peringkat Daerah dan Negeri.
Pertandingan NasyidSetelah berjaya menyandang johan di peringkat zon, kumpulan nasyid sekolah meneruskan perjuangan hingga ke peringkat daerah. Pada tahun 2009, kumpulan Nasyid Sautul Haq SKSGB telah menerima piala pusingan kerana telah menyandang johan 3 tahun berturut-turut peringkat zon.
MSSM (Zon Pekan Nanas)Tahun 2007 memberi gambaran bahawa sukan olahraga mula menunjukkan peningkatan mendadak apabila dinobatkan di tempat kedua dalam kedudukan mata keseluruhan kejohanan tersebut. Ini merupakan pencapaian terbaik sekolah dan akan cuba untuk merampas kedudukan tertinggi iaitu johan. Majlis Tadarrus Al-Quran Dan Program Maal Hijrah (Mtq)Ia merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Pelbagai pertandingan diadakan untk mencungkil bakat murid antaranya bernasyid, berzanji, tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan khat. Bermula tahun 2005, sekolah ini telah mencipta rekod apabila membolot tempat pertama dan ke dua di dalamsemua acara di peringkat Zon Pekan Nenas. Pada tahun ini, pencapaian terbaik di MTQ Daerah Pontian, apabila adik Nurul Wahyuni Hamdan mendapat tempat ke tiga di dalam acara Hafazan.
Sambutan Hari Kanak–KanakAktiviti fizikal peringkat sekolah dianjurkan sebaik mungkin untuk memberi impak yang maksima kepada pelajar dan warga sekolah. Sukaneka sempena hari kanak-kanak diadakan setiap tahun untuk meraikan dan mengiktiraf hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan dan interaksi sosial yang seimbang. Melalui aktiviti jualan yang diadakan dapat mewujudkan budaya berniaga secara sihat disamping berhibur dan bersukaria. Sukan Tahunan Peringkat SekolahDi peringkat sekolah, sukan tahunan diadakan bertujuan untuk memilih beberapa orang atlet ke peringkat zon. Disamping membina fizikal yang sihat ianya juga berjaya menjana hubungan mesra di kalangan warga sekolah dan mewujudkan suasana harmoni dikalangan warganya. Pelajar dilatih teknik-teknik latihan jasmani yang betul untuk membolehkan mereka memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. |