Blog

Perlukah kita mengisi minyak dengan menggunakan MyKad anda ?

31/01/2010 10:42

 

MULAI 1 Mei ini, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Puncanya? Demi untuk memastikan hanya rakyat Malaysia yang benar-benar menikmatinya kerana wujud sebilangan warga asing yang memasuki negara ini turut sama mengambil kesempatan daripada harga petrol yang disubsidi kerajaan pada masa ini.

Jika itu tidak cukup rumit untuk difahami, satu lagi dasar ialah mengenakan harga petrol berlainan mengikut kapasiti enjin. Lagi besar kapasiti, maka tidak layak dapat subsidi. Ini yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

—————


Tags

The list of tags is empty.