Ucapan alu-aluan

UCAPAN DARI GURU BESAR SKSGB

Tuan/Puan yang dihormati sekalian….

Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Pontian, Johor.

Tujuan penyediaan laman web sekolah ini adalah untuk memberi gambaran tentang keseluruhan perjalanan, aktiviti, guru-guru dan staf dan sokongan serta semua pihak yang membolehkan sekolah ini beroperasi pada tahap terbaik dan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Sebagai sebuah sekolah kategori luar bandar, kami sedaya upaya menggunakan segala sumber yang ada secara optimum untuk memastikan pengurusan sekolah dapat dijalankan secara cekap dan berkesan.