Pelbagai Jenis Petua

 

"HILANGKAN PANAU"

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:-

Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik


"PENAWAR BISUL DAN KUDIA"

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batu dengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

 

"Rahsia Khasiat Air Kelapa "

Pokok kelapa telah diciptakan oleh-Nya dengan pelbagai kegunaan. Setiap inci daripadanya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antara kegunaan biasa ialah digunakan bahan masakan, minuman, mainan kanak-kanak suatu masa dulu, perubatan tradisional dan ada juga yang menjadikan buah kelapa sebagai bantal.

Jadi, di sini saya akan kongsikan 3 kegunaan air kelapa untuk anda iaitu;

1. Mengubati demam campak

Sama ada demam campak ataupun demam yang berlanjutan, anda boleh minum air kelapa muda untuk menurunkan panas badan dan menyembuhkan demam campak.
Caranya;

- Ambil sebiji kelapa muda dan belah untuk mendapatkan airnya.

- Tuangkan air kelapa muda tu dalam ke dalam cawan. Kira-kira dalam setengah cawan pun dah cukup.

- Amalkan meminumnya sehinggalah demam anda tu sembuh.

Namun begitu, anda juga boleh meminum air kelapa muda begitu saje. Tak payah tuang ke dalam cawan. Sesetengah pendapat mengatakan yang cara ni lebih berkesan.