Kenali Sekolahku
Sejarah Sekolah Kebangsaan Sungai Bunyi, Pontian bermula apabila sebuah bangunan sekolah yang pertama didirikan secara gotong royong dalan tahun 1947. bangunan sekolah yang asal itu didirikan secara menumpang di tapak tanah Masjid Jamek kampong Sungai Bunyi, Batu 35 yang ada sekarang ini. Sekolah ini di beri nama “ SEKOLAH MELAYU PARIT HAJI ISMAIL ”. mengambil sempena nama pengasas kampong ini.
Tenaga pengajar sekolah ini pada awal penubuhannya ialah Cikgu Mohd. Abidin bin Haji Salleh (Allahyarham). Tuan Haji Ahmad bin Sono sekarang menetap di Kg. Seri Ladang, Rengit, Batu Pahat dan Cikgu Mohd. Noh bin Idrus yang sekarang ini menetap di Kampong Rambah, Pontian. Gaji tiga orang tenaga pengajar ini ditampung oleh penduduk kampong