Penggunaan ICT pada masa kini merupakan salah satu fenomena yang menjadi satu keutamaan dalam bidang pendidikan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dalam memperkenal, meningkatkan serta menguasai penggunaan ICT dikalangan murid dan semua lapisan masyarakat.
Di sekolah ini penggunaan ICT dilaksanakan secara meluas dan menyeluruh. Antara kemudahan ICT yang terdapat di sekolah ini ialah sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 21 buah komputer, LCD, pelayan dan perkhidmatan ‘Schoolnet’.
Terdapat juga 10 buah komputer di bilik ‘Self Access’ dan beberapa unit lagi terdapat di pejabat, bilik guru, kelas pendidikan khas, makmal sains, perpustakaan dan kelas para sekolah. Hampir separuh daripada bilangan kelas termasuk bilik mesyuarat dan bilik tayang di sekolah ini mempunyai kelengkapan LCD, skrin dan pembesar suara. Kemudahan ‘wireless router’ pula membolehkan guru-guru dan kakitangan mengakses internet dari mana-mana tempat di persekitaran sekolah.
Sebanyak 17 buah komputer bimbit dibekalkan kepada guru-guru bagi pelaksanaan program PPSMI, sebuah untuk guru pemulihan manakala sebuah lagi untuk guru pendidkan khas. Selain itu ramai dikalangan guru telah mempunyai komputer bimbit peribadi yang juga digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam keals.
Penggunaan ICT banyak dilaksanakan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ko-kurikulum, j-QAF, muzik, kaunseling, perhimpunan, mesyuarat, sukan dan majlis-majlis rasmi seperti hari ucapan dan penyampian hadiah, sambutan hari guru, program motivasi, sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. Penggunaan ICT juga turut meliputi urusan pentadbiran seperti Sistem Maklumat Murid ( SMM ),Unit Peperiksaan SAP & Headcount, PATSKOM , Sistem Maklumat Disiplin Murid, SISTEK SPBT, EMIS ( Maklumat Guru) dan Program E-Nilam.
Pengunaan ICT di sekolah ini telah dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara interaktif dan berkesan, pengurusan yang lebih efisyen dan menampakkan impak yang sangat positif terhadap guru-guru, kakitangan dan murid-murid
.
|