Pertandingan menghias kek dan mengukir buah-buahan Peringkat Negeri, anjuran PPIM 2010
Pada 7 Mac 2010 (Ahad), dua orang guru SK Sungai Bunyi telah memasuki pertandingan menghias kek dan mengukir buah-buahan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Puteri islam peringkat Negeri Johor yang diadakan di SM Sultan Ibrahim,Kulai Johor. Guru-guru ini telah mewakili daerah pontian untuk merebut tempat pertama dalam pertandingan. Setelah penat berlatih dan berusaha, Pn. Norhasliza bt Razali telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan menghias kek manakala Pn. Hanis bt Mohd Ali telah mendapat tempat pertama dalam mengukir buah-buahan. Walaupun mempunyai saingan yang hebat namun kesungguhan dan bakat yang ada telah membuahkan hasil. Alhamdulillah..Syabas diucapkan kepada pemenang. |
Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Pekan Nenas 2010 |
Pada 6 Februari 2010 (Sabtu), SK Sungai Bunyi telah menyertai pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Pekan Nenas. Pertandingan diadakan di SK Sri Bunian,Pontian pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pertandingan ini merupakan kali ke dua bagi SK Sungai Bunyi dimana pada tahun lepas telah kalah pada peringkat awal lagi. Ini disebabkan setelah sekian lama tiada penyertaan dan SK Sungai Bunyi muncul kembali untuk bersaing sekali lagi pada tahun ini. Tahun lepas dijadikan pengajaran dan pengalaman, maka tahun ini diperkukuhkan lagi barisan pemain dan ditingkatkan kemahiran yang ada. Di atas kesungguhan para pemain 12 tahun ke bawah harus dipuji kerana semangat mereka tidak luntur walaupun kepenatan. Oleh itu SK Sungai Bunyi telah mendapat tempat ke- 3 pada pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Pekan Nenas bagi tahun 2010. Lapan buah sekolah telah mengambil bahagian dan SK Sungai Bunyi telah bersaing sebanyak lima buah sekolah untuk mendapat kedudukan yang terbaik. Syabas kepada pemain. Mudah-mudahan tahun depan merangkul Johan.Insyaallah... Pertandingan antara kumpulan A
|