Pertandingan menghias kek dan mengukir buah-buahan Peringkat Negeri, anjuran PPIM 2010

 
Pada 7 Mac 2010 (Ahad), dua orang guru SK Sungai Bunyi telah memasuki pertandingan menghias kek dan mengukir buah-buahan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Puteri islam peringkat Negeri Johor yang diadakan di SM Sultan Ibrahim,Kulai Johor. Guru-guru ini telah mewakili daerah pontian untuk merebut tempat pertama dalam pertandingan.  Setelah penat berlatih dan berusaha, Pn. Norhasliza bt Razali telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan menghias kek manakala Pn. Hanis bt Mohd Ali telah mendapat tempat pertama dalam mengukir buah-buahan. Walaupun mempunyai saingan yang hebat namun kesungguhan dan bakat yang ada telah membuahkan hasil. Alhamdulillah..Syabas diucapkan kepada pemenang.

 

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Pekan Nenas 2010
 
Pada 6 Februari 2010 (Sabtu), SK Sungai Bunyi telah menyertai pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Pekan Nenas. Pertandingan diadakan di SK Sri Bunian,Pontian pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Pertandingan ini merupakan kali ke dua bagi SK Sungai Bunyi dimana pada tahun lepas telah kalah pada peringkat awal lagi. Ini disebabkan setelah sekian lama tiada penyertaan dan SK Sungai Bunyi muncul kembali untuk bersaing sekali lagi pada tahun ini. Tahun lepas dijadikan pengajaran dan pengalaman, maka tahun ini diperkukuhkan lagi barisan pemain dan ditingkatkan kemahiran yang ada. Di atas kesungguhan para pemain 12 tahun ke bawah harus dipuji kerana semangat mereka tidak luntur walaupun kepenatan. Oleh itu SK Sungai Bunyi telah mendapat tempat ke- 3 pada pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Pekan Nenas bagi tahun 2010. Lapan buah sekolah telah mengambil bahagian dan SK Sungai Bunyi telah bersaing sebanyak lima buah sekolah untuk mendapat kedudukan yang terbaik. Syabas kepada pemain. Mudah-mudahan tahun depan merangkul Johan.Insyaallah... Pertandingan antara kumpulan A 
    Skor Keputusan
SK Sungai Bunyi SK Batu 24 3-4 Kalah
SK Sungai Bunyi SK Pengkalan Raja 4-0 Menang
SK Sungai Bunyi SK Pekan Nenas 4-2 Menang
  Pertandingan akhir  
    Skor Keputusan
SK Sungai Bunyi SK Parit Selangor 0-6 Kalah
SK Sungai Bunyi SK Sri Bunian 4-1 Menang
 SK Sungai Bunyi mendapat tempat ke-3

MARI SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN

"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QUR'AN,JIKA KAU TIDAK TEMUI,

"CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT"JIKA KAU TIDAK TEMUI,

"CARILAH HATIMU KETIKA SEDANG DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI"JIKA KAU TIDAK TEMUI

"BERDOALAH KEPADA ALLAH , DAN PINTALAH HATI YANG BARU.....

 

 


Blog

Perlukah kita mengisi minyak dengan menggunakan MyKad anda ?

31/01/2010 10:42
  MULAI 1 Mei ini, semua pemilik kenderaan perlu menunjukkan kad pengenalan MyKad terlebih dulu sebelum mengisi minyak petrol untuk dapat menikmati subsidi sebagai rakyat Malaysia. Inilah dasar yang bakal dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...

—————


 Bilangan Pelawat

free hit counter


News

53 pendidik sertai konvensyen guru Bahasa Melayu

25/03/2010 15:48
    IPOH 23 Mac - Seramai 53 guru Bahasa Melayu menyertai Konvensyen Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Teknik (SMT) Perak anjuran SMT Lebuh Cator yang julung kalinya diadakan di sini hari ini. Program bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang itu dirasmikan oleh Ketua Penolong...

—————

13,000 guru tambahan BM, BI

25/03/2010 15:44
  13,000 guru tambahan BM, BI KUALA LUMPUR 21 Mac - Penambahan bilangan waktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, menengah dan matrikulasi adalah satu usaha molek agar masa belajar bersama guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan...

—————

LAWATAN KHAS PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SKSGB KE SABAH FEBRUARI 2010

30/01/2010 07:42
  Pada 2 februari yang lalu,pelajar pendidikan khas sekolah ini yang diketuai oleh guru besar sekolah ini iaitu Pn.Hjh.Shafila Binti Jumaat telah pun pergi membuat satu lawatan khas ke negeri Sabah yang lebih dikenali sebagai "Negeri di Bawah Bayu".Tujuan lawatan tersebuat dibuat adalah...

—————

Perlancaran Laman Rasmi Website ini

30/01/2010 07:41
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sesungguhnya saya merasakan amat bertuah dan bahagia kerana dapat menyediakan sebuah website interaktif untuk tatapan semua agar kita dapat berkongsi segala ilmu pengetahuan yang anda miliki...insyaAllah....selain itu website ini dibangunkan adalah...

—————


Poll

Nyatakan tahap kepuasan anda terhadap website ini?

Hebat
72%
34

Memuaskan
19%
9

Sederhana
4%
2

Lemah
4%
2

Total votes: 47


Contact

Mohd.Faizal Bin Mohd.Yunus

KM.56 JALAN JOHOR, 82000 PONTIAN JOHOR DARUL TAKZIM

019-7871827


Photo Gallery: Homepage

/album/photo-gallery-homepage1/sany1060-resize-jpg1/

—————

—————


Poll

Adakah benar remaja melayu sekarang ini lebih suka berhibur dari membaca buku?

Benar
87%
33

Tidak
13%
5

Total votes: 38